Friday, August 27, 2010

MaSa KECIK-KECIK dulu

Banyak memory yang tidak dapat dilupakan time kecik2 dulu...kadang-kadang saya tersenyum sorang-sorang sampai orang ingat saya ni gile..kalo nak cerita balik mesti korang gelak punya laa..



1) masa kecik2 dulu...kalo naik keta.saya selalu tengok kat luar tingkap..kalo malam2..dari dalam keta 2..saya boleh nampak bulan kelihatan..saya pon pelik kenapa ayah drive daa jauh,tapi bulan still kelihatan,saya tanye kat mak,"mak2, kenape bulan 2 asyik ikut kita jew?,,mak saya cakap ia nak suluh jalan..takut ayah x nampak bila memandu malam..saya pon jawab "ooh.."


bila daa besar baru saya tahu bulan tu besar,sebab 2 kat mane2 asyik nmpak muka dia jew...


2) Masa kecik2 dulu..time pegi ke kedai.memang orang petama yang paling pemalas.kalo nak suruh saya rajin senang jew.Hanye bagi upah 20 sen.Time 2 saya pon berfikir.kalo hari2 tolong ayah beli barang kat kedai,boleh bankrupt duit ayah saya,saya kikis.


Bila dah besar baru saya tahu duit 20 sen tu tak benilai bagi diorang


3)Masa kecik2 dulu..kalo mandi laut mak saya x bagi saya mandi jauh2.Mak saya cakap takut nanti sampai kat hujung laut pastu jatuh ntah ke mane.


Bila dah besar baru ak tahu..cikgu kata bumi 2 sfera.maka saya x kan jatuh kalo berenang sampai hujung laut.

 
4)Masa kecik2 dulu,ak ingat kalo lelaki ciom pempuan,nnti dapat baby.gara-gara nak adik,ak cakap kat mak”mak pegi laa ciom ayah banyak2,orang teringin nak ade adik”,



Bila dah naik darjah 4,cikgu science ajar tajuk pembiakan, baru saya tahu,Kalo nak dapat adik,kena “ehem-ehem” dulu.



Alangkah bestnye hidup zaman kanak-kanak dulu,hidup yang banyak tanda tanye..x perlu laa asyik ikut buku test jew.. ade formula just hafal jew..lame2 pemikiran pon jadi mundur…Ok guys.itu aje yang boleh dikongsikan



p/s masa kecik2 dulu,bila tengok cerita superman ngan makayah,sampai adengan clerk kent ciom lois lane,mesti ak kena tutup mata,kalo x,nnti mak cubit peha.


Tuesday, August 24, 2010

Syarat Untuk Bahagia

Untuk bertemu dengan orang yang tepat, kamu harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kamu mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kamu andai ingin cinta berakhir bahagia….


happiness


1. Cintailah Diri Sendiri Sebelum Kamu Mencintai Orang Lain

Kebanyakan dari kamu apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kamu sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kamu. Jadi pastikan kamu sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kamu ingin menyayangi orang lain.
2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kamu tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kamu.
3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.
4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa.