Sunday, October 31, 2010

InilAH Kisah KiTa

Kita dipisahkan dengan usia, kita dipisahkan dengan cerita cerita kita, kita dipisahkan dengan susur galur keluarga kita, keturunan kita, ketinggian dan kerendahan duduknya kita, pengalaman pengalaman kita, senyuman dan tangis kita, tajam tumpul lidah kita, cara pemikiran dan idea kita, bentuk badan kita, walhal pada hakikatnya kita sama. Sama sama berlari, berjalan dan menyusur untuk mencari sesuatu yang di akhirnya orang panggil kebahagiaan. Kebahagiaan yang pada hakikatnya berkekalan dan berpanjangan atau tidak, bergantung kepada suasana. Bergantung kepada masa dan keadaan. Bergantung pada nasib dan takdir.


Masih kita berkongsi bahu yang sama untuk sama sama bangkit dan sampai ke akhir garisan. Terima kasih kalian atas jasa2 yang tidak bisa dibalas. Terima kasih atas kenangan kenangan yang ku janji akan ku simpan di dalam album hatiku. Ku pahat dan ku lakarkan satu satu wajah kalian di hati, moga moga perkenalan dan pertemuan ini membawa lebih dari seribu pengertian.




Monday, October 4, 2010

lelaki atau laki-laki

Lelaki

*agresif 
*bebas 
*tidak beremosi 
*menyembunyikan emosi 
*tidak mudah melenteng 
*aktif 
*perasaan tidak mudah terguris 
*tidak sedar perasaan orang lain 
*tidak mudah menangis 
*boleh membezakan perasaan dari idea membezakan perasaan

Wanita 
*tidak agresif 
*bergantung 
*amat beremosi 
*mendedahkan emosi 
*mudah melenting 
*pasif 
*perasaan mudah terguris 
*sedar dan peka kepada perasaan orang lain 
*mudah menangis 
*tidak mampu dari idea membezakan perasaan

Lahirnya anda dalam keluarga
Ahli psikologi telah merangka beberapa panduan bagi menilai diri anda berdasarkan kedudukan anda dalam keluarga. Mungkin anda anak tunggal, ini akan membawa kesan yang berbeza-beza kepada sikap anda. Personaliti insan terbentuk sejak dari zaman kanak-kanaknya, paling banyak dari personaliti ini terbentuk ketika belum bersekolah. Catatan ini hanyalah berkaitan dengan keadaan jika anda hanya memiliki dua beradik: 

Lelaki yang mempunyai abang. 
Dia cuba meniru tingkahlaku abangnya. Dia akan bersifat kelakian dan amat sedikit sifat kewanitaanya pada dirinya, tidak mudah takut, nakal, suka bersukan dan mungkin melibatkan diri dalam sukan yang berisiko tinggi, serta memilih kerja keushawanan di bidang jualan, pengeluran atau bank. 

Lelaki sulung yang mempunyai adik lelaki 
Dia mempunyai sifat kelakian yang tinggi,tapi agak penakut, setia dan suka mendominasi.meraka ini cenderung untuk bersetuju kepada keputusan yang salah sekiranya keputusan itu di berikan oleh yang sama status dengannya. 

Lelaki yang mempunyai kakak 
Ada yang berpendapat bahawa lelaki ini banyak mempunyai sifat kewanitaan dan banyak bergantung kepada orang lain .Tatapi kajian yang lain mendapati walaupun mereka ini sedemikian sikapnya ,ianya hanya ketika kecil,apabila umur lelaki ini menjangkau 18tahun ,dia mula membentuk sifat kelakian yang lebih jelas. 

Lelaki yang mempunyai adik perempuan 
Sifat kelakianya tinggi .Sifat kelakian ini teguh dalam diri mereka dan ini membuatkan mereka merasa selamat menjalankan rol sebagai lelaki. 



Lelaki atau laki-laki.

Mengenal lelaki secara umum. 
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita.Lalaki juga tidak akan menjadi wanita dan begitulah sebaliknya.ramai wanita menganggap bahawa lelaki sukar di fahami ,begitu jugaklah pendapat lelaki .berikut di catatkan apakah sifat -sifat secara umum di mana banyak antaranya di catat dlam buku tulisan Bob berkowitz 
Hidup Lelaki Lebih Mudah 
Lelaki lebih mudah hidupnya berbanding wanita .Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu di sampaikan dalam bentuk kiasan .Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham,tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas,secara berterus terang.Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,tanyalah secara terbuka kepada lelaki. 

Bahasa lelaki adalah berlainan 
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan .Ini menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain .apa yang lahir dari kata-katanya ,jika dia bercakap dengan wanita ,adalah berbeza dari apa yang di lakukannya berbanding dari apa yang di katakanya .Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata. 

Lelaki suka membisu 
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu. 

Lelaki tidak kompleks 
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya,mengemas rumah,menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya,wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu.Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif,tetapi lelaki memang sedemikian .wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks ,tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. 

Jangan paksa lelaki 
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaanya ,mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya .Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi .lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki ,matanya,atau perubahan corak perlakuanya .Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tidak melakukannya,mungkin pada ketika itu fikiranya sedang kacau 

Lelaki berahsia dengan lelaki lain 
Tidak sebagai mana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita lain mengenai maslah ,harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi,adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa.untuk melakukannya ,lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi. 

Lelaki pentingkan kejujuran 
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya ,besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya.kejujuran adalah penting bagi lelaki .Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia -rahsia rumahtangga. 

Lelaki tidak suka di kritik 
Jangan mengkritik lelaki ,melainkan jika anda bersedia untuk bertikam lidah dengannya.lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan .mengkritik di belakangnya , contohnya saudara atau kawanya ,mungkin dapat mengelakan kofrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut di sampaikan kepadanya .cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut .cara lelaki merngkritik adalah berlainan ,dan ia jarang di lakukan olah lelaki .Bila lelaki mahu mengkritik lelaki ,elok jika kritikan itu di gabungkan dengan sedikit pijian . 

Lelaki juga mahukan sokongan 
Bila lelaki menghadpai masalah dan mengadu pada wanita ,wanita harus memberitahu lelaki itu bahwa dia masih di perlukan .Lelaki mahukan keselesaan perasaan ,sokongan seerta kata-kata "saya cintakan abang.." dan 'Tidak kira apa yang terjadi ,saya tetap bersama abang..' 

Lelaki dan ego 
Ramai lelaki menunjukan egonya di dua dua masa pertama di dalam kerja ,dan kedua di atas ranjang.ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan .tetapi sebaik baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suaminya.Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu.lelaki mahu wanita memberitahu bahwa sumbangnya diiktiraf dan di nilai .Jika anda tidak menyatakan kepadanya ,siapa lagi .Jika anda mempertinhkatkan ego lelaki ,ia membuatkan lelaki merasa sennag dan setiap orang di sekalilingnya akan mendapat feadah ,terutamanya yang di cintainya. 




Mengenal lelaki melalui empat unsur kejadian
Angin 
Sifat angin di kaitkan dengan jenis pemikir .ia di golongkan sebagai sifat kelakian (masculine).Lelaki berpegang kepada teori ,tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain,objektif ,rasional,menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi,menghargai kebolehan intelektual mahukan kebebasan ,mempunya mentaliti ambil mudah ,sukakan fakta dan figura. 

Api 
Sifat api di kaitkan sebagai jenis ituisi ( kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu ).Ia di golongkan sebagai sifat kelakian .pentingkan diri ,megah ,bersemangat tinggi ,kompetitif,perlukan ruang,kebudakan atau kurang matang ,keras hati,kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu ,sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisikio mampu melihat kemungkinan masa depan 

Tanah 
Sifat tanah di kaitkan sebagai jenis deria.i atergolong sebagai sifat kewanitaan Orang yang menyedari keujudanya di sini dan kini ,menghargai kebendaan keras hati ,sabar ,displin diri,berhati -hati ,boleh di harap ,ia tidak tegas ,cekap percaya hanya perkara yang boleh di capai oleh deria. 

Air 
Sifat air dikaitkan dengan jenis perasa .Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan lemah lembut ,dalam perasaanya, mengasihii,memaksa, penakut, kepala angin , imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak aristik.

Mengenal Cinta lelaki menerusi astrologi
21 Mac - 20 April 
21April - 21 Mei 
22 Mei - 21 Jun 
22 Jun - 23 Julai 
24 Julai - 23 Ogos 
24 Ogos - 23 September 
24 September - 22 November 
23 November - 22 Disember 
23 Disember - 20 Januari 
21 Januari - 19 Febuari 
20 Febuari - 20 -Mac Aries (Bebiri Jantan) 
Taurus (Lembu jantan) 
Gemini (kembar) 
Canser (Ketam) 
Leo (Singa) 
Virgo(Perawan) 
Scorpio (kala) 
Sagittarius (sentuar) 
Capricorn (kambing) 
Aquarius (penuang Air) 
pisces (ikan) 



Mengenal Lelaki dari anggotanya 



Kulit 
Warna kemerahan tanda pemarah , daya fikir lemah , tidak tetap dalam melakukan pekerjaan .Warna kehijauan kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selelsai .warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuanya .warna kulit yang sangat putih yanda penyakit dan kekurangan darah .selain dari itu melambangkan kelakuannya baik. 
(Kalau ada yang menggunakan 'Fair & Lovely' macam mana nak kira ni? 
Rambut 
Jika rambut kasar dan keras , itu tanda berani dan otaknya sihat . Jika hitam dan hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna 
(tapi sekarang ni dah ada banyak pewarna rambut ... macam mana plak tu?) 
Kepala 
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal .sederhana tanda berpengetahuan . terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurus nafsu kurang akalnya 
(kalau yang cacat kepala terbesar atau terkecil?) 
Dahi 
Dahi luas tanda bijak dan sempurna akalnya .sederhana luasnya dan berketus tanda pengasih dan berani .dahi yang kecil tanda kurang akal .dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah 
Mata 
Mata Yang jarang di kerdipkan tanda bijaksana .mata besar tersembul tanda tamak dan tidak di percayai,dan dia ingin memiliki harta orang lain .Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal .Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda di kasihi oleh manisia lain serta panjang umur.Mata yang kerapa di kerdipkan tanda pemaaf .mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan 
Hidung 
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Hidung yang rendah dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hindong bongkok tanda manusia yang paing jahat. Hidung mancung tanda bijak dan sempurna akalnye serta penyayang. 

Bibir 
Bibir yang tebal tanda kurang berakal .Bibir yang nipis tanda suka menghasut .Bibir yang merah tanda sihat.<merah keputihan tanda berakal dan mudah faham.Bibir pucat tanda putus asa dan berpanyakit .Bibir hujau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram 
Gigi 
Panjang dan besar tanda pendusta .sederhana tanda sempurna kelakuanya.Sempurna rapat tanda jujur. 
Dagu 
Dagu yang luas tanda takbur.Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat .dagu sederhana tanda sempurna kelakuanya . 
Suara 
Nyaring tanda berani.Perlahan tanda pendusta dan bebal .Tidak tetap tanda bunyi bodoh .Suara yang merdu tanda jujur tapi kurang bijak. 
Mulut 
Mulut yang kecil tanda bijaksana .mulut yang luas tanda berani mulut yang sederhana tanda sempurna akalnya . 
Telinga Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah .Telinga kecil tanda kurang akal .Cuping telinga yang melekat tanda kejam 
Bahu Bahu besar tanda kurang akal tapi tanda berani .Bahu yang singkat tanda sukakan pekerjaan yang jahat .nelikat bahu yang di tumbuhi bulu roma tanda kuat berjima&rsquo;. 
Belakang 
Belakang yang lebar tanda keras hati ,takbur dan pemarah ,Bongkak tanda gigih dan bijaksana .Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana . 
Leher Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta .Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit .Leher besar tanda suka berolok olok tetapi berani.Urat leher yang timbul tanda pemarah. 
Dada 
Dada yang sederhana tanda berakal.Dada yang di tumbuhi bulu tanda kurang berakal dan suka melalkukan perkara jahat. 
Lidah 
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur. 
Lengan 
Lengan yang panjang ke lutut tanda pemarah .berani, berjaya dalam kerjanya tapi takbur dan suka meninggi diri .lengen yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat. 
Tapak tangan 
Berjari panjang tanda berani dan berakal .Tapak tangan yang lembut tanda tanda mudah memahami.tapak tangan yang nipis tanda kurang akal. 
Jari 
Jari yang panjang dan lebar tanda kuat .Jari yang pendek tanda bebal Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman 
Perut 
Perut yang besar tanda tidak malu dan berpenyakit .Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat. 
Pinggang 
Pinggang yang lembut tanda berani.Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur. 
Betis 
Betis yang sederhana tanda sihat 
Kaki 
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal .Kaki yang kecil tanda fasik.kaki yang besar tanda bodoh. 
Tumit 
Tumit yang besar tanda sihat .Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan .tumit yang kecil tanda kurang sihat. 
Langkah 
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya.langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.