Monday, December 20, 2010

love song


 menatap matamu 


Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti


Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu
Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

Biar Begini 


Pernah dulu kau berkata
Hatimu ingin bercinta
Sungguh indah tak terkata
Seperti di syurga
Kau lafazkan kata cinta
Manis semua bicara
Ku peluk segala janji
Seteguh hatinya arjuna


Verse
Ku sedar
Ku masih dalam kamar mimpi
Semua semua angan ku pergi

Chorus
Kau biarkan
Aku yang kehausan
Mencari detik sinar bahagia
Yang tak pasti
Ku tak pasti
Biarkan aku begini


Ulang Verse


Ulang Chorus



Sunday, December 19, 2010

Rumput dan kasih sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.


*Artikel ni saya ambil dari iluvIslam. =)

Kisah Lagu Cinta Tiga Segi & Perangkap Cinta


Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, masih lagi mengenai Lagu Dari Penjara kononnya dicipta dan dinyanyikan oleh seorang banduan penjara yang telah membunuh bakal isterinya yang memutuskan hubungan di saat-saat akhir untuk kembali ke kekasih lamanya. Ikuti versi-versi lain mengenai lagu perangkap cinta tiga segi ini.
Rakaman Lagu Perangkap Cinta oleh Ayie & Berd

Kisah benar atau dongeng?

1. Lagu ini dicipta dan dinyanyikan oleh dua pemuda yang bernama Ayie & Berd
2. Ayie & Berd adalah orang Singapura bukan orang Malaysia
3. Ada juga mengatakan yang Ayie & Berd adalah orang Malaysia yang tinggal di
    sebelah utara (Penang, Kedah,Perlis atau Perak)
4. Lagu asal adalah ciptaan seorang komposer dari Brunei
5. Lagu ini dimainkan oleh kumpulan yang diberi nama Strategy
6. Lelaki dari penjara itu diberi nama Hazwan
7. Penyanyi lagu ini meninggal dunia bukan di tali gantung tetapi disebabkan
    penyakit jantung
8. Lagu ini dikaitkan oleh seorang gadis yang bernama Norzi Ayu
9. Liriknya ditulis pada tahun 1998 oleh seorang budak lelaki berusia 13 tahun
10. Pemain gitar lagu ini adalah kidal (left handed)
11. Lagu asal adalah versi rock kapak yang telah di unplugged kan
12. Nama kekasih lamanya adalah Haris
13. Kekasihnya itu tidak dibunuh tetapi membunuh diri setelah mendengar lagu ini
14. Kekasihnya masih hidup cuma menghadapi gangguan mental
15. Dikaitkan dengan pelajar Sekolah Teknik Pendang dan keluarganya kini
      menetap di Jitra
16. Dikaitkan juga dengan pelajar Sekolah Menengah Agama Baling
17. Ceritanya sengaja diputarbelitkan bagi tujuan promosi
18. Lagu ini adalah lagu mainstream dan bukan untuk budak underground
Kisahnya diceritakan dalam pelbagai versi dan belum ada sumber rasmi yang menyokong mana-mana penyataan   diatas dan ia terus berlegar serta bertukar-tukar di sekitar pelosok negara. Semestinya cerita sebenar mengenai lagu ini terus menjadi misteri :)