Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, masih lagi mengenai Lagu Dari Penjara kononnya dicipta dan dinyanyikan oleh seorang banduan penjara yang telah membunuh bakal isterinya yang memutuskan hubungan di saat-saat akhir untuk kembali ke kekasih lamanya. Ikuti versi-versi lain mengenai lagu perangkap cinta tiga segi ini.
Rakaman Lagu Perangkap Cinta oleh Ayie & Berd
Kisah benar atau dongeng?
1. Lagu ini dicipta dan dinyanyikan oleh dua pemuda yang bernama Ayie & Berd
2. Ayie & Berd adalah orang Singapura bukan orang Malaysia
3. Ada juga mengatakan yang Ayie & Berd adalah orang Malaysia yang tinggal di
sebelah utara (Penang, Kedah,Perlis atau Perak)
sebelah utara (Penang, Kedah,Perlis atau Perak)
4. Lagu asal adalah ciptaan seorang komposer dari Brunei
5. Lagu ini dimainkan oleh kumpulan yang diberi nama Strategy
6. Lelaki dari penjara itu diberi nama Hazwan
7. Penyanyi lagu ini meninggal dunia bukan di tali gantung tetapi disebabkan
penyakit jantung
penyakit jantung
8. Lagu ini dikaitkan oleh seorang gadis yang bernama Norzi Ayu
9. Liriknya ditulis pada tahun 1998 oleh seorang budak lelaki berusia 13 tahun
10. Pemain gitar lagu ini adalah kidal (left handed)
11. Lagu asal adalah versi rock kapak yang telah di unplugged kan
12. Nama kekasih lamanya adalah Haris
13. Kekasihnya itu tidak dibunuh tetapi membunuh diri setelah mendengar lagu ini
14. Kekasihnya masih hidup cuma menghadapi gangguan mental
15. Dikaitkan dengan pelajar Sekolah Teknik Pendang dan keluarganya kini
menetap di Jitra
menetap di Jitra
16. Dikaitkan juga dengan pelajar Sekolah Menengah Agama Baling
17. Ceritanya sengaja diputarbelitkan bagi tujuan promosi
18. Lagu ini adalah lagu mainstream dan bukan untuk budak underground
Kisahnya diceritakan dalam pelbagai versi dan belum ada sumber rasmi yang menyokong mana-mana penyataan diatas dan ia terus berlegar serta bertukar-tukar di sekitar pelosok negara. Semestinya cerita sebenar mengenai lagu ini terus menjadi misteri 
No comments:
Post a Comment